Pages

Saturday 3 November 2012

[ #KDrama ] #OhLaLaCouple #Malaysia .

‎Oh La La Couple, cerita ni mengisahkan 2 watak utama iaitu Kim Jeung Eun sebagai Yeo Ok dan Shin Hyun Joon sebagai Soo Nam. Asalnya dorg berdua ni pasangan suami isteri yang da 12 tahun kawen dan mempunyai seorang anak lelaki. 

Kehidupan dorg dah xsemanis dlu, sbb masing2 xmenghargai pasangan masing2. Si isteri Yeo Ok bangun pagi buat kemas rumah, masak, cuci pinggan, basuh baju, layan karenah mak mentua, anak, adik ipar dan segala bagai tanpa diambil peduli oleh suaminya Soo Nam sbb bagi Soo Nam itu smmgnye kerja seorang isteri. Tapi Yeo Ok xmerungut psl kerja rumah dan slalu berleter pada suaminya pagi2, tp Yeo Ok hanya xpuas hati dgn layanan suaminya saja yang mulut celupar dan xlayan dirinya sepertimana die melayan kerjayanya. 

Si Soo Nam suaminya ni kerja sebagai manager di sebuah hotel, dan die ni jenis sgt cintakan kerjayanya. Semua detail psl hotel termasuk layanan tetamu, kebersihan bilik, kepuasan hati pelanggan sume di beri perhatian penuh sbb kerjanya amat memuaskan hatinya di samping memperolehi untung. Namun Soo Nam menganggap layanan terhadap isterinya itu tidak perlu kerana tidak membawa untung padanya. 

Sampai la di satu saat di mana si Yeo Ok memberontak dan mogok xnak buat keje. Terus die berniat nak duduk berjauhan dgn suaminya. Ketika itu, mereka pernah memiliki apartment tambahan di tempat lain, dan si Yeo Ok merancang untuk tinggal di apartment tu buat sementara waktu bagi meredakan perasaannya. Sesampainye Yeo Ok di apartment tu, die ternampak suaminya si Soo Nam membawa pulang seorang pempuan cantik ke apartment tu. Rupanya Yeo Ok baru sedar yg suaminya bermain kayu tiga di belakangnya selama ni. Yeo Ok kecewa. Then die mengambil keputusan untuk bercerai dgn Soo Nam. 

Selepas persetujuan kedua-dua pihak, mereka menandatangani surat penceraian di mahkamah. Dorg xsedar yg setiap perlakuan dorg tu sebenarnya diperhatikan oleh 2 org cupid ke apetah (sorg pak cik tua, sorg lg Narsha BEG). Dorg berdua ni sbnrnya da lama mengikuti perkembangan Si Yeo Ok dgn Soo Nam sejak kelahiran lepas lagi. Cuma kesudahan mereka kini tidak digemari oleh dorg berdua. Jadi pak cik ni amik tindakan untuk menukar roh pasangan suami isteri ni dalam satu kemalangan. Tujuannya adalah untuk pasangan ni mencari kesilapan masa dulu dan cuba perbetulkan balik sehingga saat itu barulah roh mereka mungkin dapat kembali ke badan asal. 

Sejak pertukaran roh, seperti biasa mereka terpaksa hidup dgn badan yang tertukar dgn bebanan tugas yg berbeza. Si Soo Nam yg dlm tubuh si isteri kene jalankan tugas seorang isteri dan si Yeo Ok dalam badan si suami kene jalankan tugas seorang suami. Di samping bebanan kerja yg dorg xbiase buat, dorg berdua cuba cari jalan untuk kembali ke badan yg asal namun gagal. 

Yang menjadikan cite ni kelakar adelah si isteri dgn sikap kejantanannya, dan si suami dengan sikap keperempuanannya. Sepanjang pertukaran roh tu, sedikit demi sdikit, masing2 sedar dgn kesusahan pasangan masing2. Nak dijadikan cite, disebalik kebaikan pertukaran roh tu, rupanya makin banyak masalah yg timbul sbb si Soo Nam mula mengetahui kisah hidup lama si Yeo Ok dan si Yeo Ok mengetahui kisah hidup di Soo Nam tentang punca die menjalinkan hubungan sulit. 
 
Ingin ketahui sama ada hubungan mereka dapat dipulihkan kembali atau tidak, tontonilah Oh La La Couple.

Credit ANL

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin