Pages

Thursday 8 March 2012

[ #Berita ] @NajibRazak Nasib Anjing Terbiar dikerjakan oleh Anak2 Terbiar



Hari ini saya menghantar tulisan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Dato' Abdul Halim Abdul Razak ~ halim.razak@moe.gov.my . Tulisannya spt dibawah:

Assalamua’alaikum dan Salam 1Malaysia buat Dato’ Pengarah,

Hari ini saya di Seremban. Sambil menikmati makan tengahari bersama rakan2 seperjuangan, maka terlihatlah sekumpulan anak2 sekolah yang mengambil kayu dan batu membaling pd anjing yg sedang tidur dibawah kereta. Dengan tangan penuh dengan nasi, saya membangunkan diri dan pergi menegur kelakuan hodoh anak2 sekolah itu. Dengan nada kasih sayang, saya memberitahu mereka, ‘kenapa perlakukan anjing sebegitu rupa? Mohon hentikan!’. Dalam sedikit terkejut, anak2 sekolah ini melihat diantara satu sama lain. Mereka mendiamkan diri, dan mungkin ada yg takut. Saya memberi ingatan kpd mereka supaya jangan lagi diulangi sikap zalim tersebut. Agama Islam melarangnya sama sekali!

Sebagai seorang rakyat, saya melihat penyampaian didikan buat anak2 kecil masih tidak menyeluruh. Saya masih tidak nampak anak2 sekolah dididik supaya menghormati haiwan2 terbiar di jalanan, terutamanya kucing2 dan anjing2 terbiar. Jika mereka beragama Islam, perlakuan hodoh mereka itu berpotensi mencetuskan kerosakkan pd keagungan Islam itu sendiri

Setelah membuat tindakan, saya dimaklumkan oleh beberapa pelanggan kedai dimana anak2 sekolah itu memang agak kerap menyakiti anjing di situ. Paling mengecewakan, dipercayai guru2 yang bersama mereka juga tidak berbuat apa2

Jika kekesalan saya ini berjustifikasi, mohon Dato’ Pengarah berbuat sesuatu. Disertakan, maklumat dimana anjing yg sedang tidur itu disakiti tidak tentu pasal. 
1. Anak2 sekolah adalah daripada Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Seremban
2. Lokasi mereka menyakiti anjing adalah di deretan bangunan Perkeso, Pusat Perkembangan Individu Prestasi, SME Bank dan Pejabat PAS Negeri Sembilan

Mohon keadilan buat haiwan2 terbiar di Malaysia khususnya Negeri Sembilan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin