Pages

Tuesday 21 June 2011

Gambar Gerhana Bulan Malaysia Jun 2011

Awal pagi 16 Jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432H, aku tau ramai yang tidur nyenyak malam tadi atau awal pagi tadi. Maka ramai lah yang tertinggal menunaikan solat sunat gerhana bulan atau lunar eclipse (termasuk la aku huhu tapi solat subuh aku tinggal weh). Namun, ada ramai juga yang tak tido, terutamanya ahli-ahli sains Malaysia, menantikan kejadian gerhana bulan yang amat jarang-jarang berlaku di Malaysia ni. Ada banyak jenis gerhana bulan, ada yang separa, penuh, cincin la. Korang tengok la gambar-gambar gerhana bulan Malaysia di bawah ni, yang makin lama menjadi semakin merah hehe. Gambar gerhana bulan ini diambil oleh kamera SLR Sony jenis a55. Rujukan ada kat bawah sekali. P/S: Bulan yang cantik pun akan ada masa gerhananya, inikan manusia. Bersama lah berusaha supaya iman dan amal kita kekal optimum sepanjang masa. InsyaAllah.



KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.
“Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Othman berkata masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.
Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin